Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.
Home » » Step By Step Buat Kuih Bulan

Step By Step Buat Kuih Bulan

Written By kak tie on Thursday, February 16, 2017 | 5:25:00 PM

teringin pulak kuih bulan..dapat resepi terus buat.nak beli kat kedai jadi was2 kan.buat sendiri la jawabnye...nasib sedap resepi ni..KUIH BULAN



BAHAN-BAHAN:

(Kulit):

300gm tepung berprotein rendah
5 sudu besar madu
3 sudu besar minyak kacang tanah
1 sudu teh air
I biji kuning telur | dicampurkan dengan ½ sudu teh kicap pekat

*Untuk inti, anda boleh memilih pelbagai perisa pes yang boleh dibeli di kedai bakeri.

CARA MEMASAK:

Ayak tepung dan letakkan di atas pencanai. Kemudian satukan madu, minyak kacang tanah dan air.

Buat lubang di tengah tepung dan tuangkan campuran madu tadi.

Gaul dan bentukkan menjadi doh yang lembut. Jika melekat pada tanganm tambahkan sedikit tepung lagi.
Kemudian tutup doh dengan kain lembap dan biarkan selama 30 minit.

Selesai merehatkan doh, kepalkan doh menjadi bulat kecil.

Kemudian isikan inti dalam doh.

Masukkan ke dalam acuan cetak.

Kemudian bolehlah dibakar dalam ketuhar yang dipanaskan dengan suhu 190°selsius selama 10 minit.

Keluarkan dan sapu permukaan kuih dengan bacuhan kuning telur dan kicap tadi. Masukkan semula dalam ketuhar dan dibakar selama 10 minit atau sehingga ia bertukar warna kuning keemasan.
loading...
loading...
SHARE

About kak tie

0 comments :

Post a Comment