Tips Berbuka Puasa Dan Sahur Untuk Kurus...Nak Minum Air Banyak Atau Sikit ?

Tips Berbuka Puasa Dan Sahur Untuk Kurus...Nak Minum Air Banyak Atau Sikit ?|Dalam pada melaksana ibadah puasa, ramai yang mengambil peluang di bulan Ramadan ini untuk menurunkan berat badan bukan saja untuk sihat, memudahkan ibadah malah juga tampil lebih yakin.


Tapi untuk melakukannya harus ada panduan yang betul kerana ramai saja yang gagal dalam misi ini malah sebaliknya bertambah pula berat badannya bila menjelang raya.

Agar ia tidak terjadi ikuti tip sahur dan berbuka dari mereka yang pakar. Siapa lagi kalau bukan pakar pemakanan dan juga jurulatih kecergasan terkenal iaitu Kevin Zahri atau dikenali juga sebagai Cikgu Fitness.

Tip Ketika Sahur
1. Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa?
  • Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
  • Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks)
2. Elak Garam
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan sebagainya akan mempercepatkan dehidrasi dan akan buat kita cepat berasa haus.

3. Target Kalori Dalam 500 kcal
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur harus dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat. Contoh hidangan:
  • Segenggam nasi, lauk ayam, sahur dan air
  • Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasanya tinggi garam).
  • 1 mangkuk bijirin berserat + susu lemak rendah

4. Elak Kafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik - kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.
Nota: Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza.  Jadi kalau mahu menikmati Milo contohnya tidaklah menjadi masalah yang besar tapi sebaiknya kurangkan kuantiti pengambilan.

5. Air Minum Banyak Atau Sikit ?

Jangan minum banyak sangat! Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagi cepat anda anda berasa haus. Sebagai panduan:
  • Jumlah: 2-3 gelas sederhana sudah cukup.
  • Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi awal pagi, badan agak terkejut dengan air ais.
  • Jenis? Jika mahu minum air manis, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.

Tip Berbuka Puasa

1. Bermula Dengan Kurma Tapi...
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan makanan berat. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

 2. Target Kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan:
  • Pilih segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mi, roti dll.
  • Pilih sumber protein yang berkualiti seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
  • Pilih sumber serat seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
  • Akhir sekali baru makan sedikit kuih & manis-manisan.

3. Jaga 20 minit
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, besar kemungkinan anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa kenyang datang kemudian (selepas lebih-kurang 20 minit)  Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti makan sebelum kenyang."

4. Tiga Jenis Air

Semasa berbuka, hidangkan tiga jenis air:
  • Air panas: Biasa untuk berbuka kerana ia bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam.Tapi bukanlah air panas mendidih.
  • Air kosong: Ia untuk  hilangkan dahaga dan tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus minum 3-4 gelas air bimbang perut buncit dan tak selesa. Take it slow and easy.
  • Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum akhir sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.

5. Kalau Nak Bersenam Selepas Berbuka?
Pastikan anda ambil makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan terlalu banyak dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma dua biji, air suam, air 100 Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam).

Ok dah tahu tipnya, harap diamalkan, sebaik baiknya pada hari pertama berpuasa ini.


Sumber: Ebook 20 Tip Kurus Ramadan 2015 Kevin Zahri

Catat Ulasan

0 Ulasan