Sup Ayam Simple Untuk Berbuka Puasa

Sup Ayam Simple Untuk Berbuka Puasa

Resepi Sup Ayam Tterbaik!! Memang sedap resepi sup ayam ini. Memang terbaik. Boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Jangan malu jangan segan, tak perlu bayar pun. Jom..

Bahan-Bahannya:

  • 500g Ayam
  • Bahan untuk rempah tumis:
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)

Cara Penyediaanya:Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk

  1. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkan ayam,kacau dan biar sebentar
  3. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  4. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
  5. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  6. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang"
  7. Resipi sup ayam istimewa, lebih sedap dari biasa, rempah tidak menggunakan sup bunjut bagi mereka yang mahukan rasa sup asli. Sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa mahupun bersahur, boleh jugak digantikan dengan tulang atau daging.


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Oleh : Che' Nom
Resepi Sup Ayam Terbaik!!

Catat Ulasan

0 Ulasan