Rangupnya Cucur Daun Bayam

Cucur Daun Bayam
***********************

Bahan-bahan:'
Daun bayam secukupnya yang lebar (dicuci dan ditos)

1 biji telur

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung serbaguna KFC (pelbagai jenama)
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam jika perlu
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:
Pukul telur.
Campurkan serbuk kunyit, lada sulah ke dalam tepung gandum. sebatikan.
Pastikan kuali dan minyak sudah panas.
Utk percubaan, celupkan sehelai daun ke dalam telur..ratakan.
Kemudian ratakan ke dalam bancuhan tepung gandum dan akhir sekali, celupkan ke dalam tepung serbaguna sehingga rata.
Masukkan ke dalam minyak yang panas, dan balik-balikkan sehingga masak.
Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Ulang prosedur sehingga daun bayam habis digoreng.

Resepi II
**********
Bahan-bahan:
Daun bayam secukupnya yang lebar (dicuci dan ditos)
2 cawan tepung beras
1 cawan tpg gandum
1/2 sudu teh air kapur - jgn terlalu pekat
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis
Sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning telur
minyak utk menggoreng

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali.
Bancuh kesemua bahan kecuali daun bayam hingga sebati,
Celupkan sehelai daun bayam kedalam adunan tepung (pastikan adunan rata pd keseluruhan daun) dan goreng (ulang lagi pada beberapa helai daun bayam, jgn goreng terlalu banyak sekali gus).
Biarkan hingga garing dan balikkan.
Bila ke dua belah daun dah kekuningan/garing, bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
Hidangkan panas2.

NOTA :
Jika ingin lebih mudah, beli tepung Tempura dan cara memasak ikut panduan di halaman pek tersebut

Catat Ulasan

0 Ulasan