Bubur Lambuk Ibunda

Bubur Lambuk Ibunda
=)Bahan-Bahan A

[+]1 mangkuk beras

[+]8 mangkuk air
[+]1 inci halia (dipotong tebal)
[+]1 batang kulit kayu manis
[+]2 kuntum bunga lawang
[+]4 biji buah pelaga
[+]4 kuntum bunga cengkih
[+]2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
[+]1/2 sudu teh halba sahaja (biji)
[+]1/2 sudu teh jintan manis (biji)
[+]1 kiub pati ayam KNOR
[+]1 keping daging cincang (Jenama RAMLY)
[+]1/2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
[+]sedikit garam

=)Bahan-Bahan B
[+]1/2 batang lobak merah (dipotong mengikut kesukaan)
[+]1/4 tongkol jagung (diceraikan bijinya)

=)Bahan-Bahan C

[+]1/2 kotak santan pekat (kotak kecil)
[+]1/2 sudu besar minyak sapi 'GEEBLEND'
[+]sedikit daun sup dan daun bawang

=)Bahan-Bahan D

[+]Telur Masin
[+]Bawang goreng
[+]Daun Sup
[+]Daun Bawang
[+]Cili Merah/Cili Padi

=)Cara-Cara untuk Menyediakannya adalah :-

[+]1. Masukkan ke semua bahan A kedalam periuk.
* Daging Cincang disiramkan air dahulu sebelum di masukkan kedalam periuk dan cerai-cerainya nya didalam air. Ini adalah untuk mengelakkan ia berketul apabila air mula panas.
[+]2. Kerap-kerap mengacau supaya beras cepat hancur.
[+]3. Apabila beras 1/2 hancur, masukkan bahan B dan teruskan memasak ia mendidih kembali.
[+]4. Masukkan bahan C, kecilkan api dan tunggu sehingga ia kembali mendidih baru lah diangkat.
[+]5. Sebelum makan, taburkan bahan D diatas.

Catat Ulasan

0 Ulasan