Bila Kering Idea ,Jom Lihat Resepi Udang Varuval

 Bila Kering Idea ,Jom Lihat Resepi Udang Varuval

 Bila Kering Idea ,Jom Lihat Resepi Udang Varuval

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

500gm Udang (size L)*

1 batang Kulit Kayu manis

2 kuntum Bunga Lawang

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga Cengkih

5 tangkai Daun Kari*

Sedikit Daun Ketumbar*

1 biji Bawang besar - hiris*

1 biji Tomato - dadu kasar*

5 ulas bawang putih - kisar*

1/2 inci halia - kisar*

1 sudu besar Serbuk kunyit*

1 - 2 sudu besar Serbuk Cili*




1 sudu kecil Serbuk Garam Masala* ( saya takde garam masala tapi saya gantikan dengan, 1 sb rempah masak cap bunga rose & 1 sudu besar rempah gulai cap bunga rose)

1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam*

1/2 sudu besar Serbuk Jintan Manis*

1/2 sudu besar serbuk jintan putih*

2 sudu besar sos tomato

Garam

Gula

Aji

1 sb minyak sapi + minyak masak utk menumis

Cara memasaknya:

- perapkan udang bersama bahan2 yang bertanda (*).. perap 1 jam minima..

- selepas cukup masa perapan.. panaskan minyak sapi yang dah dicampur dengan minyak masak secukupnya.. bila dah betul2 panas, masukkan 4 sekawan bersama semua udang yang telah diperap tadi... kacau sekata..

- bila udang kelihatan separuh masak.. masukkan sos tomato bersama bahan2 perasa lain.. iaitu garam, gula & aji...

- kacau mesra.. sesuaikan rasa.. tak perlu tambah air ye.. sebab udang dah keluarkan air... udang tak perlu dimasak terlalu lama ye.. takut liat dan manis udang hilang... elok udang dah cukup masak je, maka boleh dihidang.. siap..

Kredit-Adnil Sam

Catat Ulasan

0 Ulasan