Kuetiau Th'ng,Ternyata Paling Sedap Setakat Ini

 Kuetiau Th'ng,Ternyata Paling Sedap Setakat Ini

Ternyata sedap lah tu sampaikan x laku lauk asam rebus + batang kangkung ku..

Kuetiau Th'ng


Bahan2
1@2keping ayam bhgn dada - x perlu potong
(boleh je letak tulang, kaki or leher ayam)

Fishball (rebus ada dijual dipasaraya)
Fishball (goreng ada dijual dipasaraya)
Fish cake - saya tmbh
1/2 biji sengkuang (besar) - saya potong 4

Kuetiau/mihun/mee
Daun bawang
3@4 biji gula batu
1 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar pati ayam (Maggie)
Serbuk lada sulah
Minyak bawang
Air

Cara2

1. Kuetiau di rendam air panas, kacau2 sekejap utk menghilangkan minyak yg ada pd kuetiau. Tos dan ketepikan.
2. Rebus air di dlm periuk sehingga mendidih.
3. Masukkan isi ayam dan celup2 seketika. Lemak ayam akan mula kelihatan di permukaan air. Tutup api dapur dan buang air tersebut. Cuci ayam bersih2. Ketepikan.
4. Di dlm periuk lain, masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan sengkuang utk menaik dan memberikan rasa manis pd sup. Masukkan ayam yg direbus td semula.
6. Ambik minyak bawang dan ceduk hanya bawang sahaja (x perlu minyaknya). Biarkan mendidih (lebih kurang 1/2 jam). Lagi lama lagi sedap kata Chef😄.
7. Naikkan isi ayam dan hiris nipis. ketepikan.
8. Masukkan perasa spt garam, serbuk perasa, pati ayam (maggie) dan gula batu.
9. Masukkan fishball, fish cake dan didihkan seketika.
Siap!

Cili kicap

Bahan2
Cili api yg dihiris
Kicap cair
Perahan air limau kasturi

Campurkan semua bahan. Sedia utk digunakan

Cara hidangan

1. Masukkan kuetiau/mee/mihun.
2. Susun hirisan ayam, fishball dan fishcake.
3. Tuangkan sup.
4. Tuang sedikit serbuk lada sulah.
5. Ceduk sedikit minyak bawang bersama bawangnya.
6. Taburkan daun bawang.

Minyak wangi a.k.a minyak bawang putih

Bahan2

3@4 labu bawang putih (dadu)
Minyak

Cara2

Kupas 3@4 labu bwg putih dan potong dadu. Saya guna chopper jer.
Goreng hingga naik bau dan ranggup dlm kuali dgn minyak yg byk (api perlahan).
Tutup api dan tunggu sejuk. Kaut minyak bersama bawang dan simpan dlm bekas kaca yg bertutup.

Sumber : Chef Hassanhen
Dicuba : Rozie Abdullah

Catat Ulasan

0 Ulasan