Asam pedas daging dari CikBel

Asam pedas daging CikBel siap..

Resepi:-
Sekilo daging rebus dulu naaa..
2 biji bawang sederhana besar (blander)
5 biji bawang kecil (blander)
5 ulas bawang putih (blander)
10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
2 inci lengkuas (blander)
1 inci halia (blander)
1 1/2 inci belacan (blander)
1 keping gula melaka
Setengah cawan air asam jawa
Sebatang serai dikeduk
3 helai daun limau purut
Segengam daun kesum
Garam & air secukupnya.
Tomato dan kacang benci (hiasan)
Cara2
Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander. Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering. Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan2 yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut. Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Credit : Nabilah Md Saad

Catat Ulasan

0 Ulasan