Rahsia Resepi Laksa Tok Lela Di Kedah Terbongkar

Rahsia Resepi Laksa Tok Lela Di Kedah Terbongkar


Yang Pernah Makan Laksa Tok Lela Di Kedah Pasti Mahukan Tip Power Ini. Rahsia Terbongkar!


Kata Tok Lela lagi, kuah laksanya akan direbus 2-3 jam sebelum berniaga. Alasannya untuk kuah lebih 'mesra', cukup dengan aroma kantan, daun kesum dan asam garamnya. Biarkan air banyak dan didih sehingga memekat. Power!

Bukan saja orang Utara, tapi boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia ni memang suka makan laksa. Laksa yang sedap bergantung kepada kuahnya. Rasanya perlu cukup dan pekat.
Kalau nak makan laksa yang enak, tak perlulah sampai nak ke Kedah atau Pulau Pinang. Ikuti saja perkongsian dari Pnut Syafinaz ni. Menurutnya tip ini diturunkan oleh Tok Lela iaitu peniaga laksa terkenal di Kedah.

1. IKAN
Kalau mahukan kuah yang sedap, kena campur dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin dicampurkan dengan ikan selayang. Jumlahnya, kalau anda gunakan sekilo ikan pelaling, campurkan dengan 1/2 kilo ikan sardin. Kalau nak buah kuahnya sedikit, guna 10-12 ekor ikan pelaling dan tambah dengan 5 ekor ikan sardin.
Mengikut petua Tok Lela, ikan hanya perlu direbus sekejap saja. Asalkan mendidih dan tutup api. Menurutnya, cara ini untuk mengelak kemanisan ikan hilang.
Biarkan ikan sejuk dan asingkan tulang dengan isi. Tumbuk kasar isi ikan sementara tulang dan kepala ikan dikisar dengan air rebusan. Dah kisar, tapiskan. Kemudian kisar dan tapis sekali lagi.

2. BAWANG
Jika mahukan kuah pekat, gunakan bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holland yang kuning tu. Derhaka ya, kalau guna bawang jenis itu. Gunakan bawang banyak-banyak, kalaus egenggam cili kena gunakan 5-6 biji (saiz besar).

3. BELACAN
Orang Kedah sukakan belacan Tanjung Dawai. Kalau nakkan kuah yang sedap macam laksa belah sana, kirimlah pada kawan atau carilah belacan itu.

4. KUAH LAKSA
Kata Tok Lela lagi, kuah laksanya akan direbus 2-3 jam sebelum berniaga. Alasannya untuk kuah lebih 'mesra', cukup dengan aroma kantan, daun kesum dan asam garamnya. Biarkan air banyak dan didih sehingga memekat. Power!

5. ASAM GELUGOQ (asam keping)
Sebaiknya carilah asam gelugor dan buah yang tua. Kalau yang muda, masamnya kurang. Tapi kalau gunakan yang tua, rasa masamnya cukup-cukup sedapnya. Biasanya dibeli dari makcik-makcik yang berniaga sayur di pasar tani di Kedah.
Jangan letakkan asam gelugor terlalu banyak. Seeloknya selepas dididih selama 30 minit atau satu jam, rasa kuahnya. Waktu ini boleh diagak asamnya cukup atau tidak. Jika baru saja direneh dah terus dirasa, asamnya tidak sempat kembang. Dah elok rasa masamnya, keluarkan asam gelugor dari kuah.
Senang saja petuanya. Selamat mencuba.

sumber: VANILLA KISMIS

Catat Ulasan

0 Ulasan