RESEPI IKAN CENCARU BERSUMBATKAN TOMYAM

RESEPI IKAN CENCARU BERSUMBATKAN TOMYAM
Bahan-bahan

3 ekor ikan cencaru di belah atas
1 peket pes tomyam adabi
1 batang serai
1 biji bawang merah
2 helai daun limau purut
2 biji cili padi
Sedikit garam

Cara penyediaannya
1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat dan masukkan cili serta daun limau purut.
2. Selepas itu, tambah pes tomyam dan sedikit garam. Kacau mesra sebati.
3. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.
4. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing.
Selamat mencuba!
kredit dapurcheyah

Catat Ulasan

0 Ulasan