Petua Orang Lama Jadikan Nasi Goreng Lebih Sedap.

Petua Orang Lama Jadikan  Nasi Goreng Lebih Sedap.


1. Guna nasi sejuk atau nasi kering.
Ada orang kata, nasi sejuk ni nasi semalam. Guna lebihan nasi daripada hidangan sebelum ini atau sejukkan nasi yang baru ditanak terlebih dahulu.
Selain senang digoreng, tekstur nasi juga lebih menarik dan tak terlalu lembik.
Kalau tak, nasi goreng anda akan melekat lekat macam nasi yang digunakan untuk buat sushi.
.
2. Menumis dengan api besar.
Perasan tak dekat warung atau restoran, tukang masak akan guna api besar untuk menumis.
Biasanya, perencah yang ditumis menggunakan api besar akan lebih garing dan harum.
Tapi jaga jaga tau, jangan sampai hangus pula.
Selepas beberapa ketika, boleh lah perlahankan api lepas masukkan nasi untuk digoreng.
.
3. Gantikan minyak masak dengan marjerin atau mentega.
Ada orang lebih suka guna marjerin atau mentega untuk gantikan minyak masak. Aroma daripada bahan bahan ini lebih wangi.
Boleh juga merenjis sedikit minyak bijan dengan tujuan yang sama. Ini juga sebagai petua untuk mengelakkan nasi jadi keras lepas masak.
.
4. Guna lebihan ayam atau ikan goreng.
Pernah tak ibu atau nenek kita masak nasi goreng hanya gunakan bahan bahan lebihan makan malam semalam?
Contohnya, lebih ikan goreng atau ayam goreng. Sekadar campak campak bahan ini bersama nasi, lalu terhasil lah 'nasi goreng bodo' tapi rasa dia sedap yang amat kan?
.
5. Guna minyak ikan goreng untuk menumis.
Siapa yang nak masak nasi goreng guna lebihan ikan goreng semalam sebagai bahan asas, boleh lah tambah minyak ikan goreng sikit untuk rasa yang lebih ‘umphh’.
.
6. Teknik memasukkan telur ke dalam nasi
Untuk memasak nasi goreng, ada 2 masa untuk pecahkan telur, sama ada pada awal atau pada saat akhir memasak nasi goreng.
Untuk cara awal memasak, telur akan digoreng secara berasingan. Telur ini akan dihancur hancur dan dimasakkan ke dalam nasi goreng yang sudah siap dimasak.
Untuk cara akhir memasak, sebelum nasi goreng siap dimasak, buatkan sedikit ruang di tengah kuali dan pecahkan telur di tengah-tengah. Kacau telur sehingga masak. Kemudian gaulkan bersama nasi goreng untuk beberapa ketika.
.
7. Bakar belacan dahulu.
Nasi goreng yang dimasak bersama ikan bilis pun dah sedap kan?
Kali ni, sedikit belacan dibakar atau dilayur di atas api dan dimasak bersama nasi goreng ketika menumis. Confirm lagi ohsem rasa dia.
.
8. Gaul nasi dengan garam di darat.
Biasanya, waktu nasi goreng sudah hampir masak, garam akan ditabur untuk rasa yang sedikit masin. Tetapi, kadang kadang tu garam yang ditabur tak sekata.
Apa kata gaulkan garam bersama nasi putih sejuk dulu sebelum masukkan dalam kuali.
Untuk lebih sekata, gunakan garam halus. Tak perlu tabur garam yang banyak kalau dah gunakan ikan bilis, belacan dan minyak ikan dalam rencah. Bahan itu semua pun sudah cukup untuk beri rasa masin.
.
9. Gunakan lesung batu untuk menumbuk bahan perencah.
Orang orang lama, lebih gemar gunakan lesung batu berbanding mesin pengisar. Kenapa?
Sebab bahan perencah akan lebih terasa rencahnya. Ada ‘kick’ berbanding guna mesin pengisar.
***************
sumber: CikPuan Amanina 

Catat Ulasan

0 Ulasan