RESEPI PAKU UBAN GORENG BELACAN DARI SARAWAK


RESEPI PAKU UBAN GORENG BELACAN DARI SARAWAK

Pucuk paku uban ni ramai juga yang konfius sebab nampak macam pucuk paku tapi daun dia lain seakan midin.
Cheyah dulu tak pernah pun makan. Tapi sejak tinggal di bumi Sarawak hampir tujuh tahun itu yang dah jatuh cinta pucuk paku yang kuncup macam ni.
Jom tengok cheyah kongsi resepi pucuk paku uban goreng belacan. Boleh juga guna untuk sayur sayur lain seperti kangkung, kailan, pucuk paku, dan sebagainya.
Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku uban
3 ulas bawang putih
2 biji bawanh merah
Seinci belacan (nak sedap bakar dulu)
3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah)
Cara penyediaan amat mudah iaitu tumbuk semua bahan bahan diatas. Potong midin panjang je pastu panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing. Boleh masukkan pucuk midin.
Tambah air jika nak berkuah. Nak masin bolej tambah garam. Tapi resepi ni cheyah tak letak sebab belacan dan masin.
Itu je. Senangkan? Selamat mencuba

Catat Ulasan

0 Ulasan