Lauk Best....Daging Masak Kong Boh

Lauk Best....Daging Masak Kong Boh

.
Bahan-Bahan
.
100g daging
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
1/2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 inci halia, dihiris nipis
3 biji cili kering, potong pada 3 bahagian
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar tepung jagung
.
Cara-Cara

.
Perapkan daging dengan kicap pekat dan biarkannya semalaman dalam peti sejuk agar ia diserap sebati.


Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan biarkannya selama 5 minit dan tambahkan halia dan cili kering.


Biarkan daging tersebut dimasak lagi 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak.
Selepas itu, masukkan kicap, sos tiram dan kicap masin serta bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.


Apabila kuah sudah pekat dan daging sudah masak, angkat dari kuali dan hidangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan