Sihat Bersama Wrap Tuna

Resepi Wrap Tuna sihat

 Wrap tuna ni lah sangat sesuai. 

Nak sediakan pun senang jer.
Bahan-bahan :
Wrap (pilih yang wholemeal)
Tuna (pilih yang Tuna Flakes In Water)
Sayur salad, timun, tomato
Sedikit mayonis
Sedikit sos

Cara buat :
1. Toskan air tuna sehingga kering.
2. Kemudian panaskan sekejap wrap atas non-stick pan,guna api sederhana. (Sehingga ada kelihatan menggelembung sedikit kulit wrap)
3. Letakkan tuna tadi ke atas wrap bersama salad, timun dan tomato.
4. Jika suka boleh campurkan sedikit mayonis dan sos.
5. Gulungkan dengan kemas.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Wrap Tuna ni sangat berkhasiat seimbang. Wholemeal Wrap merupakan karbohidrat kompleks yang boleh memberi kita kenyang lebih lama.
Begitu juga dengan pemilihan Tuna Fleks In Water yang tiada mengandungi garam serta rendah kalori. Manakala salad, timun dan tomato pula kaya dengan vitamin dan serat tinggi.
Wrap Tuna ini sangat sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau makan malam.
Tolong beritahu juga kawan-kawan lain yang perlukan idea menu yang sihat ye.

No comments