KASTAD TIRAMISU SEJUK....CUBA YER

KASTAD TIRAMISU SEJUK....CUBA YER
Bahan bahan :

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu makan gula (Cik Olie tambah tuk bagi maneh)
11 sudu makan tepung kastad
Air (sukutan sebanyak 5 tin susu yang kita guna tadi)
Biskut marie perisa kopi
Milo
Garam
Langkah langkah :

1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.
3. Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.
4. Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Perghhh memang sedap!
Cuba yer
Kastad Cik Olie terlalu pekat, korang kurangkan sikit kepekatan tu.
kredit: Solehah Yusoff

No comments