Ikuti Cara Betul Sukat Nasi Lemak Untuk Majlis Keraian Dan Untuk Jualan

Ikuti Cara Betul Sukat Nasi Lemak Untuk Majlis Keraian Dan Untuk Jualan
Jadi, kali ni saya ingin kongsikan dengan anda semua cara masak nasi lemak  yang sesuai untuk dibuat jualan.

Anda boleh jual nasi lemak bungkus ni dalam RM 1.00 – RM 1.50 untuk telur dan bilis. Kalau berlaukkan ayam, anda bolehlah lebihkan harga.

Sukatan dan cara masak nasi lemak ni boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu tanak seperti biasa atau kukus. 

Kalau versi kukus, bolehlah anda namakan Nasi Lemak Kukus Sedap! Jom kita tengok cara-caranya.

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang

Bahan-bahan :
1 kg beras
½ kg santan pekat
1 liter air
1 sudu garam
Daun pandan

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang
Bahan-bahan :

3 kg beras
1 kg santan pekat
3 liter air
3 sudu besar garam
Daun pandan

Cara masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang
Bahan-bahan :
5 kg beras
1 ½ kg santan pekat
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan


Cara penyediaan :

Tanak
#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.

Kukus
#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering. 

Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.

Resepi dah ada. Caranya pun dah ada. Jadi anda semua bolehlah mencuba ya. Sambil menjadikan ia sumber pendapatan. tapi boleh juga kalau anda nak masak untuk kenduri kecil-kecilan di rumah. 
Senang, mudah dan sedap.

Catat Ulasan

0 Ulasan