Sukatan Yang Betul Untuk Buat Nasi Tomato.Pasti Enak

Sukatan Yang Betul Untuk Buat Nasi Tomato,Pasti Enak

BAHAN KISAR:

Bawang besar
Halia
Bawang putih

BAHAN LAIN:
Daun pandan-dikerat
Rempah tumis(kulit kayu manis dan lain2)
Sup tomato(bukan tomato puri ya)
Minyak sapi tulen
Minyak masak
Susu cair biasa...x perlu penuh krim
Garam dan perasa
Daun pudina
Beras Basmathi Parboiled(tektur beras terbaik..jenama x kisah)
Air secukupnya
Kismis hitam-jika suka
Cara:
1.Panaskan minyak masak dan minyak sapi
Kemudian,tumiskan rempah tumis(4sekawan)..daun pandan dan bahan kisar hingga garing.Ketepikan.
2.Dalam bekas..cuci beras kemudian rendamkan selama 40minit.Toskan.
3.Dalam rice cooker,didihkan air,susu cair,sup tomato dan bahan tumis tadi.
4.Dah mendidih...masukkan beras yang telah direndam dan ditos tadi.Masukkan garam dan perasa...kacau rata dan masukkan kismis dan daun pudina
5.Tutup rapat periuk nasi dan tindihkan dgn pemberat untuk elak wap keluar...tekan cook..bila button dh bertukar ke keep warm..jangan buka dulu..biarkan 15 minit..kemudian..gembur dgn garpu nasi..tutup periuk nasi dan tekan cook lg sekali dan biarkan hingga bertukar kpd keep warm...jgn buka dulu..biarkan selama 30minit..baru digembur dgn garpu nasi
6.Siap..boleh taburkan sikit lagi baki daun pudina..sedia dihidang

Sukatan:
6/7 pot beras= lebih kurang berat 1kg beras
Susu cair =1/2 tin(setengah)
Minyak sapi =1/2 tin(setengah)
Sup tomato kimball=1 tin
Bwg besar+halia+bwg putih kisar=4-5sudu mkn
Air=1cup beras= 1 1/2 cup cecair(termasuk skali susu cair,sup tomato dan air)
Beras basmathi terbaik..adalah dr jenis parboiled(beras basmathi rebus) kerana teksturnya x mudah patah..
Jenama utk sup tomato yg ly slalu guna adalah kimball...sekiranya masak 7 pot beras..boleh juga tambahkan 1 sudu mkn tomato puri utk warna lebih menarik
Pastikan bawang kisar ditumis hingga garing kering utk terbitkan bau yg wangi..
Sedap dihidang bersama daging masak hitam utara..ayam masak merah...ayam masak cabai..acar timun...telur rebus..
Kredit Resepi : lily falyna 

Catat Ulasan

0 Ulasan