Raya Dah Dekat,Buat Begini Supaya Ketupat Tahan Sehingga 7 Hari

Raya Dah Dekat,Lakukan Ini Supaya Ketupat Tahan Sehingga 7 Hari

Menjelang musim perayaan pasti juadah pagi raya kembali popular. Ketupat nasi dan ketupat pulut antara yang wajib ada ketika pagi raya. Bukan raya namanya jika tanpa dua makanan ini.

Adakalanya malang tak berbau, bila petang raya, ketupat yang kita sediakan dah pun basi. Tak sempat nak buat sesi ulang makan di malam hari atau esok pagi.

Sebenarnya ada cara dan kaedah untuk pastikan ketupat yang kita sediakan mampu bertahan lama sampai tujuh hari. Malah masih elok dan baunya pun masih segar. Macam mana?

Masak Lama

Pastikan ketupat nasi direbus lama sehingga benar-benar matang tempohnya. Waktu yang diperlukan untuk masak ketupat nasi agar matang dan sempurna adalah 4 hingga 5 jam. Jika dimasak lama, risiko basi pun makin berkurang. Proses merebus yang lama akan mematikan bakteria. Ketupat pun tak berair dan tak lembik.

Siram Air Sejuk

Setelah ketupat padat dan matang sempurna, tutuplah apinya dan angkat. Sebaik diangkat, siram ketupat dengan air sejuk. Cara ini bukan hanya akan membersihkan sisa air rebusan, tapi juga menghilangkan kotoran atau lendir daun yang melekat dan berpotensi membuat ketupat mudah basi. Kena buat!

Toskan Hingga Kering

Selepas disiram dengan air sejuk, toskan airnya hingga kering. Jika boleh biarkan ia ditos ditempat terbuka supaya terkena lebih cepat kering. Ketupat akan lebih cepat basi jika mengandungi banyak air.

Jangan Disusun Rapat

Ketika proses mengering dan toskan airnya, ketupat jangan disusun rapat. Proses ini buat ketupat lambat kering dan cenderung untuk basi. Jangan sama sekali mengeringkan ketupat di dalam bekas yang disusun rapat. Ini salah!

Gantung Ketupat

Menggantung ketupat pada tempat terbuka ketika proses mengeringkannya adalah proses yang wajib dibuat. Proses ini buat ketupat tahan lebih lama. Kaedah gantung buat daun-daunan kelapa lebih cepat mengering.

Simpan Tempat Sesuai

Akhir sekali apabila ketupat sudah kering, simpanlah pada tempat yang sesuai. Jauhkan sama sekali pada kawasan yang lembap kerana ini akan buat ketupat terdorong dihinggapi bakteria, yang buat ia cepat basi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Petua Ibu

Catat Ulasan

0 Ulasan