Pasti Jadi..RESEPI BISKUT MAMA CAREY

Siapa suka biskut mama carey ni ??kita geng..
Masa kecik2 dulu makcik suka makan belah atas je..
Tengah karang resepi ni..
Ok ni resepi dia..pasti menjadi..
BISKUT MAMA CAREYBy : Kak Wan


200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla
Bahan Di ayak
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit
Panaskan oven pada suhu 150 C
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
Terap dengan acuan pilihan
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
Kemudian biarkan ia sejuk.
Sekarang kita sediakan icing
Icing;-
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing
Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Masukkan adunan dalam piping bag.
Paipkan icing atas biskut tadi
Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan
Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak
Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
lagi satu pastikan suhu oven bertepatan

Catat Ulasan

0 Ulasan