Laksa Lemak Thailand,Cuba Dulu Baru Tahu

Laksa Lemak Thailand,Cuba Dulu Baru Tahu
“Alahai, teringin nak makan laksa lemak yang macam di Padang Besar hari tu. Manalah nak cari dekat sini ye…”

Laksa ada macam-macam jenis, salah satunya yang mungkin tak ramai biasa buat ialah laksa lemak Thai / Siam. Laksa ini biasanya terkenal di daerah yang bersempadan dengan negara Thai, contohnya di Padang Besar (Perlis) atau mirip juga dengan laksa Kelantan.

Di tempat lain, rasanya agak susah nak cari laksa ni. Kalau agak-agak teringin atau mengidam tu, apa kata cuba buat sendiri laksa ini. 

Dapat makan satu keluarga, puas hati.
Ini resepi Laksa Lemak ala Thai yang disumbangkan oleh Puan Haslina. 

Tak susah pun katanya, baru sekali cuba dah menjadi!

Resipi Laksa Lemak Ala Thai

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan
  • 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
  • 1 kg ikan kembung / selayang
  • 2 sudu cili giling
  • 2-3 tangkai daun pudina
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3-4 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 10 biji cili padi merah*
  • 10 biji bawang merah*
  • 1 labu bawang putih*
  • 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit*
  • Belacan*
Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar

Contoh laksa kering jenis yang paling halus

Bahan Ulaman
  • Daun pudina
  • Daun salad
  • Taugeh
  • Daun samak /pucuk janggus (kalau ada)
  • Timun

Cara-cara

Ini pula cara nak membuatnya, memang senang sangat.

1. Rebus Ikan
Mula-mula, rebuskan 1 kg isi ikan kembung / selayang. Bila agak-agak dah masak, biarkan sejuk sedikit dan asingkan isinya daripada tulang.
Kalau tak nak kuah berwarna gelap / hitam, jangan ambil air tulang ikan ya.

2. Kisar Bahan Tumisan
Seterusnya, kisarkan bahan-bahan yang bertanda * dalam senarai bahan di atas. Lepas itu boleh panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar tadi bersama cili giling.

Kacau sampai naik bau. Pastikan cili giling betul-betul masak.

3. Masukkan Isi Ikan
Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar awal tadi.
Kemudian masukkan serai yang diketuk. Teruskan kacau hingga sebati.

4. Masukkan Santan
Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair.
Perasakan dengan garam dan gula.

5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut
Untuk memberi final touch dan aroma yang membuat laksa ini lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.
Masak sampai mendidik sambil dikacau. Ingat, kena kacau selalu supaya kuah tak berketul-ketul. Tunggu hingga mendidih dan kemudian boleh tutup api.

6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman
Sediakan bahan ulaman seperti dalam senarai di atas dan sedia untuk dinikmati bersama laksa yang telah direndam / direbus hingga empuk.

Beginilah Hasilnya…

Inilah dia hasilnya. Menjadi kan?

Mudah saja nak membuat laksa lemak Thai ini rupanya. Jadi, jangan tunggu lagi. Resepi dah ada, dah bolehlah masak sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

*Resepi laksa lemak ala thai ini disumbangkan oleh Puan Haslina menerusi Facebook. 

Catat Ulasan

0 Ulasan