Enaknya Ayam masak kicap Bersantan

 
Enaknya Ayam masak kicap Bersantan
Ayam masak kicap Bersantan
Like page untuk lebih banyak Kisah QuMedia



1 ekor ayam ( dibersihkan dan di potong2 )
1/2 – 3/4 cawan kicap manis ( anggaran saja, boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian )
1 inci lengkuas ( di kisar )
1 inci halia ( dikisar )
1 labu bawang besar (dikisar )
2 – 3 batang serai ( di potong dan dikisar )
4-5 ulas bawang putih ( di kisar)
5-10 biji cili kering ( di kisar )
1/2 sudu kecil jintan kasar ( di kisar )
1/2 sudu kecil jintan halus ( dikisar )
1 sudu kecil biji ketumbar ( dikisar )
1 sudu makan lada putih ( di tumbuk / dikisar )
1/2 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara penyediaan
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan tumbuk atau kisar hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.
3. Masak seketika kuah kicap tadi hingga kuahnya mendidih.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat.
** jika suka boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap

No comments