Bubur Nasi Laut China Selatan,Hebat Namanya,Sesedap Rasanya

Bubur Nasi Laut China Selatan,Hebat Namanya,Sesedap Rasanya
Bahan A:

2 cawan beras
1.5cm halia muda - hiris halus
1 labu bawang besar – cincang
1 rumpun batang daun sup - cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis - pilihan
1 sudu teh lad putih tumbuk - pilihan
air secukupnya


Bahan B:
½ cawan isi ikan masin tumbuk
15 ekor udang – bersihkan dan belah belakang
7 ekor anak sotong – potong 2
7 batang jejari ketam - potong dadu
½ cawan lobak jeruk – hiris nipis
bawang goreng
hirisan daun bawang

Bahan C:
10 biji cili padi – hiris
4 sudu makan kicap cair

Cara:
1. Satukan Bahan A dan masak hingga sempurna.
2. Udang, sotong dan jejari ketam dicelur hingga masak.
3. Satukan Bahan C.
3. Setelah masak bubur nasi, hidangkan bersama Bahan B dan C.

No comments