Sarapan Sihat Bersama Sosej Gulung

Sarapan Sihat Bersama Sosej Gulung

Makanan ringkas dan mengenyangkan pastinya menggembirakan jika dapat dinikmati sentiasa, lebih-lebih lagi ia sesuai dengan bajet diperuntukkan setiap hari. 

Apa kata cuba resipi makanan menyihatkan daripada Mission Foods ini!

Sosej Gulung


Bahan-bahan:
2 telur, dipukul
1 sudu besar daun ketumbar, dicencang
1 sosej, dihiris nipis
¼ cawan keju Monterey Jack, diparut
1 sudu besar krim masam
¼ tomato, dicencang
Garam dan lada
Minyak zaitun
1 Mission 6-Grain Wrap

Cara Membuatnya:
  1. Campurkan daun ketumbar bersama telur dan perasakan dengan garam dan lada.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masak sosej dan tomato.
  3. Kemudian masukkan campuran telur tadi dan gaul hingga masak.
  4. Letakkan telur yang telah siap di tengah Mission 6-Grain Wrap.
  5. Tambahkan keju dan krim masam.
  6. Bungkus dengan elok dan sedia untuk dihidang.

No comments