Sajian Ringkas...Tote Sosej Dan Keju

Ringkas ja...
Bahan pon tak banyak..
Sesuai untuk minum petang atau bekal untuk anak2 pergi sekolah.
untuk hidangan berbuka puasa pun boleh
Tote Sosej Dan Keju

Bahan-bahan:
6 Kepingan Keju
3 Sosej Panjang
10 Biji Kentang
100gm Parmesan Cheese
2 Biji Telur
Garam dan lada hitam
Minyak Untuk Menggoreng
Cara-cara:
1. Gulungkan satu sosej beserta 2 kepingan keju.
2. Potongkan gulungan tersebut kepada 4 bahagian. Ulang langkah untuk ke semua sosej dan keju.
3. Kupaskan kulit kentang dan basuh sehingga besih.4. Masak kentang dalam ketuhar gelombang micro selama 10 minit dengan suhu tinggi
5. Setelah 10 minit, keluarkan kentang dan masukkan ke dalam mangkuk untuk menggaul.
6. Masukkan keju parmesan, telur ke dalam mangkuk tersebut.
7. Perasakan dengan garam dan lada hitam


8. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk sehingga rata.
9. Dengan menggunakan skop aiskrim, ambil kentang yang sudah digaul tadi dan salutkan kepada gulungan keju dan sosej tadi.

10. Setelah selesai mensalut semua sosej dengan kentang, panaskan kuali beserta minyak untuk menggoreng.
11. Gorengkan sosje tersebut sehingga coklat keemasan.
12. Sedia untuk dihidangkan bersama sos.
Kredit: Instagram chefclubuk
LIKE & SHARE

No comments