RESIPI BROWNIE COOKIES,KESUKAAN RAMAI

RESIPI BROWNIE COOKIES,KESUKAAN RAMAI

rujukan : intaidapur
Bahan-Bahan :
120 gm dark chocolate Beryl coin
1 biji telur gred A atau B
100 gm gula aising (saya guna 80 gm jer)
50 gm tepung gandum
40 gm marjerin/mentega
1 sudu teh esen vanilla
Kekacang pilihan sangai dulu (optional)
Cara-Cara :
1. Di dalam satu mangkuk tahan panas, double boil chocolate dan marjerin sehingga cair, ketepikan.
2. Ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula aising, pukul dengan whisk sehingga gula larut.
3. Tuangkan chocolate yang telah dicairkan tadi, kacau rata.
4. Tambahkan esen vanilla, tepung gandum dan kekacang, gaul sebati.
5. Perap/rehatkan adunan selama 5-10 minit. (saya rehatkan selama 10 minit).
6. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180'C.
7. Sudukan satu adunan ke atas loyang yang telah di alas baking paper, susun dan jarak-jarakkan adunan. (Adunan agak lembik).
8. Bakar selama 10-20 minit atau mengikut oven masing-masing.
9. Setelah masak, biarkan sejuk di dalam loyang kerana ketika ini cookies masih lembut.
10. Simpan cookies di dalam bekas kedap udara...
INFO :
i) Untuk cookies jenis chewy, masa bakar selama 12 minit.
ii) Untuk cookies jenis crunchy, masa bakar selama 15 minit.
iii) Kalau nak tahu cookies itu sudah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut-kedut macam dalam gambar di atas...
 PASTIKAN DAH LIKE TAU. KALAU BELUM SILA LIKE OKE, NANTI TERLEPAS PULAK RESEPI2 BEST

No comments