Resepi Murtabak Warisan Diraja

Resepi murtabak Warisan Diraja
Bahan-bahan yang diperlukan untuk doh roti canai:

2 biji telur ayam 
4 gm garam
6 gm gula
200 gm susu pekat manis
500 gm air
525 gm Tepung gandum
16 gm marjerin
1 cawan marjerin untuk perapan bebola roti canai
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan untuk inti:
5 biji bawang besar dipotong dadu
200 gm ayam cincang
5 biji Bawang putih (di tumbuk halus)
1 sudu serbuk kunyit
1 biji cili merah ¨C dihiris nipis
�0†5 sudu besar serbuk kari
�0†5 sudu kecil jintan putih
�0†5 sudu kecil jintan manis 4 sudu kecil ketumbar Garam secukupnya
�0†6 cawan minyak utk menggoreng
4 biji telur
Cara membuat
1. Untuk menyediakan doh roti canai, mula-mula campurkan telur tersama garam, gula, susu dan air. Kacau rata. Kemudian masukkan tepung gandum dan marjerin. Uli sehingga menjadi doh selama 11 minit dan rehatkan doh tersebut selama 10 minit.
2. Setelah 10 minit, bentukkan bebola roti canai seberat lebih kurang 60gm. Lumurkan kesemuanya dgn marjerin dan letakkan ke dalam mangkuk yang telah di sapukan dengan marjerin terlebih dahulu. Tutupkan mangkuk dan dibiarkan seketika.
3. Untuk menyediakan intinya pula, panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, ayam cincang, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kari, garam dan cili merah. Kacau rata dan matikan api.
4. Selepas itu, pukul telur di dalam mangkuk dan masukkan inti yang telah dimasak tadio. Kacau rata dan tuangkan ke atas kuali leper. Setelah masak dibahagian bawah, terbalikkan dan goreng sehingga kedua-dua bahagian masak. Ketepikan dahulu.
5. Ambil sebiji doh roti canai, tebar sehingga menjadi besar dan masukkan inti ke dalamnya. Lipat dan goreng semula di atas kuali leper sehingga masak kedua-dua bahagian depan dan belakang.
6. Murtabak raja sedia untuk dihidang bersama kuah bawang.
kredit:icookasia
LIKE & SHARE

No comments