RESEPI DAGING BLACKPAPER BROKOLI NYUMMY

RESEPI DAGING BLACKPAPER BROKOLI

Bahan-bahan :
800 gm daging lembu
1 pokok brokoli , dipotong
2 ulas bawang besar kuning (Holland) dibelah tebal lagi sedap
3 sudu besar penuh lada hitam, dikisar kering atau ditumbuk kasar
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula
Garam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
Bahan perap:
3 sudu besar kicap manis – kicap biasa yang selalu kita makan dengan nasi
2 sudu besar sos tiram atau kicp atau sos black paper ikut suke nk pilih mn
1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih di tumbuk
1 inci halia, ditumbuk
2 sudu besar serbuk lada hitam halus

Cara penyediaan:
Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang 1 jam atau semalaman. Lebih lama lebih sedap
Bila nak masak, panaskan minyak, masukkan daging perap, sesudu gula dan air secukupnya. Masak sehingga air kering dan daging lembut. Jika daging masih belum lembut, tambah air dan masak lagi sehingga kering.
Bila kering masukkan lada hitam dan kacau rata.
Masukkan brokoli dan bawang besar dan masak seketika.
Jika nak kuah lebih pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau terus tutup api.

No comments