Cara Buat Agar-agar Buah Anniversary

Cara Buat Agar-agar Buah Anniversary


1 peket serbuk agar2 (clear)
1 tin buah laici
5 sudu gula (ikut manis masing2)
Buah2 ikut pada kita nak buah apa..saya guna kiwi, strawberi & laici tin (nak guna buah dalam tin pun boleh)
Caranya
1. Potong buah ikut kreatif masing2.
2. Masak agar2 ikut pada arahan (air dari laici tin saya campurkan jadi 1 liter)
3. Masukkan gula & serbuk agar2.
4. Masak agar2..
5. Bila agar2 dah masak, biarkan sekejap.
6. Masukkan sedikit agar2 dalam loyang & tunggu berberapa minit atau agak beku sedikit.
7. Susun strawberi ikut kreativiti.
8. Masukkan perlahan2 & sedikit lagi agar2 & masukkan buah sedikit2..
9. Ulang sampai buah & agar2 habis..
10. Sejukkan..bila dah sejuk keluarkan agar2..

Siap..

Selamat mencuba..
Tips keluarkan agar2.. sisip tepi loyang & letak lidi/cungkil gigi di berberapa bahagian & terbalikan loyang..

Kredit》Nor Asfah mohd Ali 

No comments