AYAM MASAK MERAH RESEPI DARI CHEF WAN

AYAM MASAK MERAH RESEPI CHEF WAN 
BAHAN-BAHAN:

Minyaksapi 6sudu besar.
Kulit kayumanis 1cm.
Bunga cengkih 4 kuntum.
Buah pelaga 4biji.
Air 125ml.
Ayam 1kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu digoreng sampai masak dan diasingkan.
Kismis hitam 125g, dicincang halus .
Sos tomato 250ml.
Madu 3sudu besar.
SeraI 1batang, dititik.
Lengkuas 1cm, dititik.
Garam Secukuprasa.
Bijan 2sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi.
Daun pudina1tangkai.


DIKISAR HALUS:

Bawang merah (10ulas, dikupas)
Bawangputih (2ulas, dikupas)
Halia (2cm, dikupas)
Serai (1batang)
Cili kering(15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan)

CARA
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
2. wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
3.Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.

No comments