Almond London Gaya Raya Zaman Dulu

Almond London Gaya Raya Zaman Dulu
Tak lengkap raya tanpa biskut Almdon London ni.
Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat! 

Menurut empunya resipi ni lagi, sudah 12 tahun beliau guna resipi biskut ni untuk berniaga dan customer memang suka. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba!

RESIPI ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
  • 250gm mentega
  • 450gm tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex ( perangup biskut)
  • 140gm gula aising ( boleh juga guna gula kastor)
  • 2 biji kuning telur
  • 150-200 biji badam ( goreng tanpa minyak atau panggang 15-20 minit hingga masak. Pastikan badam betul-betul sejuk sebelum guna.)
  • 1/2kg coklat masakan ( untuk celup biskut)
  • Sedikit cocoa butter ( boleh abaikan jika tak ada)
  • Badam cincang secukupnya
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati. Anggaran pukul dalam 2 minit sahaja.
2. Masukkan tepung yang sudah diayak dengan emplex dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Cubit doh sebesar duit 10 sen dan masukkan badam. Bulatkan secara membujur. Lakukan hingga habis doh.

4. Bakar biskut selama 25-30 minit dengan suhu 180C menggunakan api atas bawah. Setelah masak, sejukkan biskut.
5. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boiler. Masukkan cocoa butter dan kacau sebati.
6. Celupkan biskut ke dalam coklat dan masukkan ke dalam cawan kertas.


7. Tabur badam cincang dan biarkan coklat mengeras.
8. Jika nak bagi coklat cengkam biskut dengan elok, boleh letak dalam peti sejuk selama 6-7 minit. Cuma kena berhati-hati kerana jika lebih masa, coklat boleh berpeluh dan tak cantik.

Kredit resipi & foto: Mariana Zaina

No comments