30 Minit Saja Mee Kari Dah Siap

30 Minit Saja Mee Kari Dah Siap


Masa Penyediaan: 30 minit 
Memasak: 30 minit 
Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning
500 gram ayam, potong kecil
1 kg kerang, rebus dan ambil isi
300 gram udang, buang kulit
2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
10-15 biji bebola ikan (fish ball)
3 keping kek ikan (fish cake)
4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
(boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai, hiris nipis
10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus, potong dua
2 tangkai sawi, potong dan rebus
bawang goreng
limau kasturi, potong dua
taugeh
daun bawang
cili merah
tauhu kering goreng

Cara Penyediaan:

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Tips:

1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam. 2.Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.

No comments