Puding Roti Karamel Lapis Coklat Yang Sedap

Puding Roti Karamel Lapis Coklat Yang Sedap



Bahan-Bahan

3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis


7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

cara-cara

1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan.
2. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.


3. Panaskan kukusan dahulu.masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.


4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.


5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.


6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.


7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.


8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

No comments