SARAPAN UNTUK PENGIDAP DIABETES:BARITO SALSA

SARAPAN  UNTUK PENGIDAP DIABETES
BARITO SALSA:

Kita belajar dulu buat KULIT TORTILLAS (WRAPPER):
BAHAN-BAHAN PERLUKAN:
3 cawan tepung gandum.
2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder).
1 sudu kecil garam.
1 sudu besar minyak zaiton / masak
1 dan 1/4 cawan air suam.
CARA-CARA:
1. Cara buatnya sama seperti capati. Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan baking powder - kacau rata. Garam dan minyak itu masukkan kedalam air.
2.Tuang air suam ke dalam adunan itu dan kacau rata. Uli doh dan jadikan doh yang lembut dan licin permukaan.
3. Biarkan doh ini dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit.
4. Jadikan bebola 10-12 biji. Lenyekan seperti capati.
Bakar seperti cara capati. Suhu kuali perlu panas dalam proses ini. Bakar cuma 1 minit untuk satu permukaan tortillas anda. Sudah siap roti tortillas anda. Ingat!, gunakam cara Pembakaran roti tortilla ini sama seperti capati. Suhu kuali leper biar dalam keadaan panas Medium.
Selamat mencuba.

kredit resepi:
Roslan Mamak Haji

No comments