SARAPAN BERSAMA CHEESY SCOTCH "EGGS"

Sempena nak cuti ni, admin nak share resepi menarik... boleh try time cuti nanti... btw, die guna por, tapi admin edit resepi tu guna daging lembu... enjoy!!!

CHEESY SCOTCH "EGGS"
Bahan-bahan:
300g Cheddar parut
5 potongan kecil cheddar merah
500g daging hancur
1 tbs pasli cincang
1 tbs sage yang dicincang
1 tbs thyme cincang
1/2 ts buah pala
1/2 tbs lada hitam
1/2 tbs garam
200g Tepung
4 telur dipukul
300g serbuk roti
Cara-cara:
1. Ambil sedikit cheddar parut dan tekan ke telapak tangan anda.
2. Letakkan sepotong cheddar merah di tengah dan letakkan sebilangan kecil cheddar di atas.
3. Tekankan bersama-sama untuk membuat bentuk telur kemudian diketepikan. Ulangi empat kali lagi.
4. Campurkan daging hancur dengan herba dan perasa.
5. Balutkan telur cheese tadi dengandaging hancur yang teah diperasakan tadi.
6. Cekupkn telur dalam tepung, kemudian golekkannya ke dalam tepung, celup sekali lagi ke dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti untuk membuat kerak rangup tambahan.
7. Goreng dalam selama 6 minit sehingga dimasak.
8. Siap!
Kredit kepada Twisted UK
LIKE & SHARE

Catat Ulasan

0 Ulasan