Putu Halba Popular Dari Kelantan

Putu Halba Sedap Kelantan 

Bahan-bahan :
1 kg ubi kayu. Buang kulit dan parutkannya (jangan parut kasar) masukkan ke dalam kain maslin dan perah hingga betul-betul kering.
Deraikan dalam talam dan biarkan selama 1-2 jam untuk keringkan air.
Kacau dan gaul menjadi derai.
1/2 sudu makan halba
Gula melaka secukupnya, diracik halus
Kelapa parut digaul dengan garam secukupnya

Cara-cara
Panaskan air di dalam periuk kukusan.
Campurkan halba ke dalam ubi kayu. (boleh juga campurkan garam ke dalam ubi tersebut. Bergantung kepada sesetengah orang.)
Alas pinggan dengan kain muslin, masukkan separuh ubi kayu ke dalam pinggan.
Letakkan inti gula melaka kemudian tutup kembali dengan ubi kayu.
Balut dengan kain dan telengkupkan ke dalam tray pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga ia masak.

Ulangi langkah yang sama.
Akhir sekali, hidangkan panas-panas bersama kelapa parut tadi.
kredit resepi video :
gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit ðŸ˜Š
like & share

Catat Ulasan

0 Ulasan