Nasi Impit Goreng Bersalut Tepung.Anak Anak Pasti Suka, Jom Cuba..

Nasi Impit Goreng Bersalut Tepung.Anak Anak Pasti Suka, Jom Cuba..

Perkongsian idea bernas olahan Puan Arieza yang dikongsikannya melalui Facebook.

Menurutnya, resepi ini memang cukup digemari oleh anaknya. Mereka yang tak suka makan nasi pun boleh jadi suka bila makan nasi impit goreng bersalut tepung ini.


Bahan bahannya:
  • Nasi impit yang dah dipotong-potong
  • 1 sudu serbuk ikan bilis
  • *3 sudu makan tepung gandum
  • *3 sudu makan tepung Bestari. (Kalau tak ada boleh buat sendiri atau guna apa-apa tepung goreng ayam)
  • *1 sudu makan tepung jagung
  • *1 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng
Nota: Bahan bertanda* untuk buat salutan tepung


Cara caranya:

1. Pertama sekali, potongkan nasi impit kecil-kecil. Saya guna nasi impit mini yang dipotong 4 bahagian begini.

2. Gaulkan dengan 1 sudu serbuk ikan bilis. Gaulkan rata pada nasi impit.

3. Buatkan pula tepung salutnya. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan pekat ya.


4. Kemudian, ambil nasi impit yang dah digaul dengan serbuk ikan bilis tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung. Sementara itu, boleh panaskan minyak dalam kuali dan sedia untuk menggoreng.

5. Bila minyak dah panas, masukkan nasi impit tadi. Guna api sederhana saja. Goreng sampai garing atau mengikut citarasa anda. Bila agak-agak dah cukup garing, bolehlah diangkat dan toskan.

No comments