Sekuali sambal goreng jawa

Sekuali sambal goreng jawa


bahan-bahan yg wajib digoreng :
• 5 biji kentang - dipotong dadu
• 6 keping tauhu - dipotong dadu
• 5 keping tempe ( tempe yg sekeping rm1.00-rm1.50 tu ye ) - dipotong dadu
*buh garam & serbuk kunyit pada tempe sebelom goreng*
Bahan kisar halus :
Bawang merah 12 biji
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 1 biji
kiub pati ikan bilis atau sedikit belacan yg telah dibakar ( optional )
cili kering 1 genggam - potong buang biji, rebus, toskan. Lepas tu blendkan dgn sedikit air dan minyak.
udang putih (optional )
suhun 2 paket besar - rendam & toskan. ( saya suka suhun letak banyak2 )
fucuk - potong kecil, rendam & toskan.
halia 1 inci - diketuk
cili kering 10 tangkai - dihiris nipis
cili hijau 5 tangkai - dihiris serong
santan 2 cawan setengah
kicap lemak manis
kicap pekat
kicap masin
garam & gula secukup rasa.
Cara masakan :
1. Panaskan minyak, masukkan bawang yg telah dikisar halus tadi. Biarkan sampai garing & masukkan halia yg telah diketuk tadi. Kacau sebentar dan masukkan cili kisar tadi.
2 Masak sampai pecah minyak, api kena sederhana je. Jangan sampai cili hangus. Cili kena betul2 masak baru sedap dan umph. Hehehe. Masukkan udang putih tadi. Kacau rata.
3. Masukkan kicap pekat sikit, kicap lemak manis ( agak2 je ), kicap masin. Boleh perasakan dgn garam dan gula tapi jangan buh banyak, agak2 je sebab nanti nak buh kicap masin lagi sikit sehingga kita dapat rasa dan warna yg kita mahu.
4. Lepas tu boleh masukkan bahan yg dah digoreng, gaul rata. Masukkan suhun & fucuk, cili kering serta cili kering yg telah dihiris tadi. Gaul rata.
5. Kalau rasa warna tu pucat lagi bolehlah buh kicap lagi. Rasa dulu & akhir sekali masukkan santan, kacau rata lebih kurang 4-5min. Siap!
credit : Zaza Norizazaya‎ #mahn

No comments