Resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Rose

Resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Rose
BAHAN-BAHANNYA

3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
3 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak sapi dalam kuali ( guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum.

Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.

Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.

Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.

Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga kalau nak kukus nasi tadi.

Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm",keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

Ayam Masak Rose
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - dipotong 16 @ ikut suka
7 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 senduk cili kering yg dah direbus kemudian di kisar
3 sudu besar tomato puri
1/2 tin susu cair
1 cawan air
1 batang serai - di ketuk
2 sudu besar kismis hitam- optional
Garam, perasa & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan di simpul
Bahan-bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak... Ketepikan...
2. Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis. Masukkan bahan-bahan tumisan, diikuti dengan kismis dan bahan-bahan yang dikisar...Masak sehingga naik bau dan garing...
3. Kemudian masukkan cili kisar, tomato puri, bersama serai dan biarkan ia masak sehingga terbit minyak...pastikan cili betul2 garing ye..
4. Apabila garing, masukkan sos cili, sos tomato, dan 1 cawan air atau kalau suka sambal agak cair boleh lebihkan air sedikit lagi..Kacau rata dan biarkan ia mendidih...Kemudian masukkan ayam yang siap digoreng...Kacau rata...
5. Tuangkan susu cair...Kacau hingga sebati dan biarkan masak hingga kuahnya agak pekat dan berkilat..
6. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa dan angkat...
7. Semasa dihidangkan, boleh taburkan sedikit kismis jika suka..

Catat Ulasan

0 Ulasan