Resepi Blueberry Cheese Tart

Resepi Blueberry Cheese Tart


Bahan-bahan :


Bahan untuk pastri
● 125 gram butter
● 250 gram tepung gandum
● 60 gram gula aising
● 1/2 sudu teh esen vanilla
● 1 sudu besar air
● 1 biji telur

Bahan untuk cheese
● 125 gram cream cheese
● 60 gram gula halus
● 50 gram butter
● Blueberry jem secukupnya
● 1 biji telur

Cara Membuatnya :

Untuk Pastri
1. Masukkan telur telur dan kacau sehingga sebati.
2. Ayak tepung gandum dahulu dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
3. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk 'crumbs' kasar.
4. Tambahkan esen vanilla dan air.
5. Kemudian bentukkan doh menggunakan acuan tart.
6. Bakarkan pastri selama 15-20 minit dengan suhu 180℃. Sudah masak keluarkan dan letak dalam peti ais.

Untuk Cream cheese
1. Campurkan semua bahan untuk cream cheese (cream cheese, butter dan gula halus) dalam satu bekas. Gaul biar sehingga rata.
2. Masukan sedikit adunan cream cheese ke dalam pastri dan masukkan pula jem blueberry & litupi laisan blueberry dengan cream cheese.
3. Bakar semula dalam masa 10 minit dengan suhu 180℃.
4. Setelah tart masak dan sejukkan. Dah siap!






No comments