Kuih tiram@lidah jin

Kuih tiram@lidah jin ni kuih tradisi paling suka saya buat. Saya paling suka nipis-nipis, rangup-rangup dan tak berbedak sangat ngan gula. Lau sapa-sapa nak cuba buat kuih tradisi ni, leh la try guna resepi ni. Senang sesangat.


Doh
*****
1 kg tepung gandum
3 sb penuh marjerin (cap pelangi best la saya guna)
1 sb garam + 1 gelas air sejuk dalam peti ais (bancuh). Guna air sejuk ni nak bg kuih tiram rangup
1 biji telur
Campur semua bahan dan uli sampai doh tak lekat di tangan. Guna air tu sikit2 ye dan agak2 la ek. Dah siap, rehatkan doh
Sementara doh berehat, buatkan pula batter (smooth paste) tuk di sapu pd doh yang dicanai.
Batter (smooth paste)
***********************
5 sb tepung jagung + 4 sb minyak
Gaul sebati dan ketepikan
Cara buat
************
Amik doh tadi. Bahagikan 4 bahagian (rujuk gambar). Ni saya buat saiz besar2. Cepat sikit abisnya. Korang lau nak buat saiz kecik. Boleh bahagikan lagi doh kepada 6 bahagian.
Amik satu bahagian, canaikan doh. Canai nipis. Semakin nipis, makin rangup. Tp jgn sampai nipis sgt lak. Kang jadi terlalu rapuh.
Bila dah canai, sapukan batter (smooth paste tadi) ke semua bahagian. Pastu gulung padat-padat. Makin kecik gulungan makin rangup n makin banyak lapis kuih tiram tu.
Pastu potong kecik2. Saiz satu inci ke. Pastu canaikan yg dh dipotong tadi secara memanjang (menegak). Canai tipis ek. Buat la sampai abis
Panaskan minyak, goreng sampai keemasan. Sebelum nak goreng, boleh tarik2 sikit doh kuih tiram tu. Tos betul2 minyaknya. Dah sejuk bedakkan dia ngan taburan gula aising. Lau nak simpan raya, dah goreng jgn tabur dulu gula icing. Bila nak makan baru tabur. Kalau awal2 tabur dia mcm melengas
Selamat mencuba ek

No comments