Biskut Ferrero

Biskut Ferrero


Bahan:
250 g mentega
150 g gula kastor paling halus
1 biji kuning telur
30 g serbuk roti kuning
100 g serbuk badam
100 g tepung jagung*
300 g tepung red rose*
250 g badam cincang - dipanggang
300 g coklaat masakan
1 biji putih telur
[ Bahan bertanda* di ayak ]
Caranya:
1. Campurkan mentega, gula kastor dan kuning telur. Pukul hingga kembang dan gula hancur.
2. Masukkan serbuk roti, serbuk badam, tepung sedikit demi sedikit . Uli sebati.
3. Bulat kan kecil . Kemudian salut putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 25- 30 minit.
5. Apabila biskut masak sejukkan. Cairkan coklat masakan dan celupkan biskut. Masukkan terus ke dalam cawan kertas

No comments