SESEDAP NASI DAGING UTARA

NASI DAGING UTARA


Bahan nasi daging:


1 biji bawang besar - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
3 cawan beras basmathi
1 paket perencah nasi daging - boleh digantikan dengan rempah kurma
250gm daging batang pinang
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Kiub daging
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras - boleh tambah air biasa kalau tak cukup

Cara:

1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan hirisan bawang besar diikuti bunga lawang dan kulit kayu manis serta halia dan kemuadiannya tumiskan sekali perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih.
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng, juga daun sup dan daun bawang.

Bahan air asam:

2 biji cili besar di potong*
10-15 biji cili padi dipotong*
½ cawan air asam jawa*
1 inci belacan*
Garam dan gula secukup rasa*
2 biji tomato - dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 sudu makan kerisik

Cara:

1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan