Ayam Salut Maggi, Kudapan Mudah Untuk Makan Sambil Tengok Tv

Ayam Salut Maggi, Kudapan Mudah Untuk Makan Sambil Tengok Tv
Menu Petang
Oleh:Nadia Mohamad

Sedap ni, sejenis makanan menu petang yang rangup di luar tetapi lembut di dalam. Haaa... memang mak-mak patut cuba buat sendiri, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Jom buat menu petang rahsia masak dari Puan Indah Yani ini...

Bahan-bahan:


Sebungkus Maggi
Sebungkus Hotdog
Telur 2 biji
Tepung gandum 2 sudu
Tepung beras 2 sudu
Maggi Cukup rasa setengah sudu
Sedikit Garam
Lada sulah

Cara Buat:

1. Masukkan telur, garam, lada sulah dan Maggi Cukup rasa dalam bekas kemudian pukul sampai kembang.
2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dengan tepung beras dan ketepikan.
3. Pastikan maggi celup air panas sekejap, jangan lama nanti lembik susah nak balut sosej pula.
4. Ambil hotdog balut dengan Maggi. Kemudian celup sosej maggi tadi dengan telur kemudian goreng. Siap dan boleh dimakan!

-majalahwanita

Catat Ulasan

0 Ulasan