Header Ads

Chef Kongsi Teknik Betul Masak Pasta

Chef Kongsi Teknik Betul Masak Pasta

Kalau tersilap cara, pasta yang anda masak mungkin menjadi keras dan melekat, tidak pula secantik seperti di restoran mahupun rancangan masakan yang anda tontoni. Pasti ada helah yang anda terlepas pandang.

Terdapat banyak cara dalam penghasilan pasta terbaik. Terbaru, saya belajar yang anda boleh merendam pasta di dalam air dan kemudian masak ia bersama sos agar tepungnya dapat dimasak lebih sempurna. Itu sahaja, cukup mudah.
Sekarang, mari berikan tumpuan kepada konsistensi dan cara merebus pasta dengan betul. Taktik ini sentiasa menjadi!
Biasanya, saya akan menggunakan spageti Barilla no 5. Sediakan air mendidih yang mencukupi untuk merendam kuantiti pasta yang dimahukan dan biarkan selama tujuh minit, kemudian toskan airnya. Simpan sedikit air rebusan pasta tadi untuk digunakan bagi memekatkan sos pasta, bila diperlukan.

Letakkan spageti tadi di dalam bekas besar dan leper. Biarkannya dalam keadaan lapisan nipis dan setiap urat spageti terdedah kepada udara untuk membantu ia sejuk secepat mungkin.

Kemudian letakkan sedikit minyak zaitun atau minyak sayuran supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain. Setelah sejuk, anda boleh simpan sedikit di dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga empat ke lima hari.
Hanya campurkan pasta yang sudah siap direbus sempurna bersama sos pilihan dan siap untuk dihidangkan.
Tip oleh Chef Nik Michael

No comments