TALAM JALA EMAS

TALAM JALA EMAS


Bahan A lapisan coklat:


130ml air
125gm gula merah
25gm gula pasir

Cara:

Masak semua bahan sehingga larut.

Bahan B lapisan coklat:

2 biji telur
90gm tepung beras
40gm tepung gandum
10gm tepung ubi
200ml santan
Perisa pandan
Secubit garam
Pewarna coklat

Cara:

1. Satukan semua bahan B dan campur dengan bahan A dan kacau.
Kacau di atas api sehingga naik wap dan sedikit pekat.
2. Bahagikan kepada 2, masukkan 1 bahagian ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik dan kukus selama 10 minit.

Bahan A lapisan tengah:

115gm tepung beras
20gm tepung hongkwee putih
600ml santan - 200ml santan kotak campur air jadikan 600ml
40gm gula

Bahan B lapisan tengah:

60gm sohon

Cara:

1. Direndam dengan air panas dan dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
2. Bila lembut rendam 10 minit, guntingkan biar sedikit halus.
3. Masak bahan A sehingga pekat.
4. Angkat dari dapur dan campurkan dengan sohon yang telah direndam.
5. Kukus di dalam loyang tadi selama 15 minit.
6. Lapis dengan bahagian berwarna coklat yang berbaki tadi selama 15 minit.
Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Nota:

Kalau lapisan bercoklat sedikit pekat masukkan sahaja mengikut aturan dan untuk meratakannya tekan sedikit dengan plastik atau apa sahaja yang sesuai.

Catat Ulasan

0 Ulasan