MEE HOON BAKSO


MEE HOON BAKSO

Bahan Mee

1 bungkus mee hoon (rendam dan celur sebentar )
Taugeh
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng

Bebola Daging

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara-cara:
Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rata (Adunan juga boleh diblend) Kemudian diuli-uli biar padat sedikit
Bulat-bulatkan sebesar guli
Ketepikan

Tauhu sumbat daging

2 kepig tauhu belah 2 segi tiga
Belah tengah tahu dan sumbatkan dengan adunan bebola daging tadi.
Rebus dalam api perlahan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kuah Bakso

1/2 kg tulang
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inc halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai dititik
1 kiub pati daging atau pati ayam
garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut (kalau suka)
Cara menyediakan kuah bakso
Mula-mula ita rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk
Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum
Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi
Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita

Bakso dimakan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

Tuangkan kuah bersama bebola daging. Boleh dimakan bersama sos atau sambal kicap dan tahu sumbat daging tadi

sambal kicap

lada cili api
lada merah
bawang putih 1 ulas (goreng sekejap untuk bau sambal yang harum)
tumbuk hancur semua bahan
kemudian masukkan dlm bekas dan masukkan kicap serta perah limau nipis

Selamat mencuba

Catat Ulasan

0 Ulasan