Resepi Sedap,Murtabak Mini

BAHAN2 INTI
500 gm daging @ayam(rebus dan toskan air dan cicang halus)
1 biji bawang besar(kisar)
1 biji bawang besar(dadu kecil)
3 biji bawang putih(kisar)
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Ajinamoto(jika mahu)
1 sudu besar serbuk pati ayam
Minyak

BAHAN KULIT
kulit pohpiah
Telur

CARA2 BUAT INTI
1.panaskkan minyak
2.tumis bahan2 kisar dan serbuk kari hingga garing
3.masukkan stok ayam dan garam
4.tambah perisa jika mahu..biasa saya tak tambah sebab dah ada stok ayam
5.masukkan daging cicang dan gaul sebati..
6.masak hingga kering sedikit..jangan basah nanti ia lembik bila di bungkus

CARA MEMBUNGKUS
1.1 murtabak mini memakai 2 lapisan kulit pohpiah yg di tindih
2.sapu telur permukaan utk letak inti murtabak
3.letak inti mengikut berapa banyak yg anda mahu
4.lipat 4 persegi
5.lapis plastik jika hendak di simpan dlm fridge..
6.boleh buat frozen..tetapi kena lapis setiap lapisan murtabak

CARA2 MENGORENG
1.Hanya pakai sedikit minyak saja
2.JIKA MAHU LEMBUT celup murtabak dalam telur yg di pukul
3.JIKA MAHU RANGGUP ..goreng macam tu aje dlm minyak yg sedikit
.boleh goreng dlm pan yg tak mudah lekat atau pan trend sekarang ni ..apa nama saya lupa la
SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

0 Ulasan